Assalamualaikum Love!
Mood den baru-baru ni suka beli buku ilmiah dan motivasi. Hobi membaca kembali balik. Dulu waktu SMK den merupakan Tokoh Pembaca, ingat lagi waktu tu dapat basikal dan duit. Kenangan manis betul waktu tu, kemudian dapat lagi Tokoh Puteri Islam peringkat sekolah dan Johan Buku Log Puteri Islam peringkat Daerah. Lau nak tahu buku log den tu dipenuhi daun kayu, daun buluh dan bunga-bunga kering. Memang jiwa cintai alam semulajadilah, gitu..
Hari ni tetiba tengok awan rasa berapa lama lagi den akan hidup kat dunia ni? Sempat ke capai semua cita-cita yang den impikan? Dari kecil den bekerja keras untuk sampai ke tahap ni. Alhamdulilah. Makin bertambah usia ni den rasa hubungan dengan Allah SWT tu makin rapat, mungkin juga sebab den berkawan dengan sahabat niqabis yang sentiasa mencari reda Allah dan ilmu akhirat.
Betul... bila orang kata ' Hidayah itu perlu dicari, Ia tak akan datang dengan sendirinya.' Bila kamu cari, barulah terasa nikmatnya Hijrah. Den alaminya sekarang. Setiap apa yang den buat, mesti den akan fikir dulu ' Apa yang aku buat sekarang ni, dapat ke membantu orang lain, ke sebab nafsu dunia semata-mata? dan ' Kalau aku buat ni, Allah SWT reda tak?'
Istikharah pengubat buntu. Tahun ni (2015) banyak sangat dugaan, tomahan, hinaan tapi banyak lagi rezeki yang hadir. Alhamdulilah. Bila kita kejar akhirat, Insya Allah dunia yang akan kejar kita. Segala-galanya dipermudahkan.
Den memang suka berfesyen, lace + pearl + ribbon + knit + nude colors memang dah jadi trademark bila den keluar. 'Bella ni baju dia mesti ada lace, mesti ada pearl' hehe. Jadi bila den pakai apa sekarang pun nak longgar, pastu labuh. Try pakai kamu akan rasa selamat dan dilindungi. Tak tahu nak describe macam mana perasaan tu.
Tahun 2016 nanti Insya Allah panjang umur, den nak jadi muslimah, umat Rasuluallah SAW yang lebih baik dari tahun ini dan sebelumnya. Apa yang kita rasa, fikir dan cakap semunya DOA. Untuk bagi impian kita dimakbulkan Allah SWT, impian kita tu perlu ditulis kalau tak tulis, itu hanya angan-angan.
Jadi den senaraikan impian den pada tahun 2016 ini, moga yang membaca ini semua mendoakan lagi dan makbul semuanya. Insya Allah.
+ Bebas hutang pada February 2016
+ Financial Freedom pada March 2016
+ Solat 5 waktu di awal waktu bermula esok.
+ Solat Sunat Dhuha, Tahajjud, Istikharah, Taubat, Hajat setiap hari pada January 2016
+ Trip to Japan Tokyo Disneyland December 2016
+ Continued study Degree in Accounting & Finance on June 2016
+ Sales DJM Cosmetics and DJM Boutique RM 10,000.00 sebulan bermula March 2016
+ Pendapatan bersih Dapur DJM capai RM 20,000.00 sebulan pada April 2016
Apa yang kita rasa, cakap dan fikir semuanya adalah DOA. Cepat tulis impian korang, cepat atau lambat impian itu pasti dimakbulkan tapi korang tulis tu biar lengkp dan tepat, nak bila? tarikh semua tulis. Kalau kita tak tulis bila tarikh nya, jangan salahkan Allah SWT, kenapa doa kita tak dimakbulkan.
Doa kita semua ALLAH akan makbulkan, cuma dia sediakan satu masa yang sesuai. Allah sebaik-baik perancang. Usah lihat berapa ramai orang yang suka kita, tapi usaha dapatkan reda Allah insya Allah akan disayangi seluruh alam.
Den akan rajin kan lagi diri ni untuk update apa sahaja ilmu yang den ada untuk dikongsi bersama, moga bila den tak ada nanti blog ni boleh jadi saham akhirat den nanti. Insya Allah. Amin.
Love,
Dhiya Afraa Bella