Assalamualaikum,
Tadaaaa... tibalah masa untuk berisland hopping, ini fes time den naik boat, ada kata pening 'stanby siap-siap ubat pening, naik tu nanti pejam mata kalau tak nak pening ' kamon lah den nak menikmati keindahan alam k. Mana boleh pejam mata.
Pengakhirannya, ' tak pening pun weyh serius ' jangan risau tak perlu bawa ubat pening k, minyak urut pun tak yah. Mungkin disebabkan bot ni laju. Best wooo. senget benget tudung mak tau. haha
Setiap bot akan disediakan jaket belon ni (jaket keselamatan), foc tak yah kena bayar pun. Den akan singgah 3 buah pulau, sepatutnya 4 pulau tapi kesuntukan masa, nages tak dapat pi Pantai Cenang. 3 buah pulau tu adalah Beras Basah Island, Eagle Feeding dan Tasik Dayang Bunting.
Sebenor-benornya den tingin nak pi Tasik Dayang Bunting, katanya cantik! dan boleh mandi tak yah bilas balik sebab air tawar.
Setiap bot boleh muat dalam 20 orang kot, nampak tak dah penuh haaa den duk tempat vvip yang tak da span kusyen iaitu di depan sekali. Naik kematu punggung kalau lalu kat air yang deras. haha
Yang best nya dapat tengok view lebih jelas siap lunjur kaki k haaaa ko ado.
View dekat jetty sebelum nak gerak, waaa.. speechless.
Korang perasan tak? macam ada orang tidur kat gambar ni. Tour guide den kata dahulu kala pulau langkawi ni asalnya jin namanya mat cincang dan lagi satu mat apetah *lupa den, dipendekkan cerita ada satu jin ni memang suka menyumpah dan sumpahanya tu menjadi. Waktu mat cincang dan mat apetah ni bergaduh, jin ketiga ni bengang pastu sumpah dua mat ni jadi gunung.
Haaa... tengok gunung tu memang sebijik orang baring dan tidur kan. Macam funny kat situ kan, tapi itulah sejarah. Ini tak berapa jelas ni, next entry den akan cerita pasal Cable Car Langkawi, den ada snap gunung yang sebijik nampak bentuk muka orang.
Tadaaaa... sampailah kami di Pulau Beras Basah. First destinasi island hopping. Beras Basah ni tak ada pun, hanya boleh menikmati keindahan alam sahaja, take photo dan tiada tandas ya. haha
Airnya jernih juga boleh nampak ikan color-color kat dalam. Tak ada pic,den tak tahu napa ikan tu lari bila den nak snap! sedih. Pergi pulau cam ni pakai topi ye, jangan lupa juga pakai sunblock, kalau tak nak muka sunburn. Alhamdulilah muka den tak sunburn cuma golap sikit lah. Hitam manis gitu. ahaks.
Waktu landing je kat pulau ni den pelik " Pulau Beras Basah... mana berasnya "... ya allah napa ko ni lurus betukl cik dhiya oii. hehe.
Dhiya : Kita dah sampai di Pulau Beras Basah. Eh mana berasnya?
Pak cik Otai : Beras dah tak ada dah.
Dhiya : Oh dulu memang ada beras ke kat sini.
Pak cik Otai : Dulu sebelum Siam datang serang sini, sultan simpan beras kat sini, Bila depa tau, tu yang depa buang semua beras masuk ayaq (pulau). Jadilah namanya Beras Basah.
Dhiya : Oooooo....
Satu wefiaq buat kenangan kat sini. peace!
Pak cik Otai tu tinggalkan kami kat 1 jam, lepas ni kalau korang pergi island hopping cakap dengan pak cik tu datang ambil balik 15-20 minit cam tu. Serius tak ada apa pun kat Pulau Beras Basah , kalau mandi pun ni air garam, nak mandi tandas tak ada. Makanan pun tak ada jual.
Destinasi kedua island hopping adalah Eagle Feeding. Den pelik pasaipa tetiba bot berhenti ni? Pak cik Otai tu suh tengok atas.... *korang jangan tengok atas, scroll bawah hehe
Waaa bosar-bosar helangnya, cantik! patutlah semua bot berhenti. Helang ni nak bagi makan, dia makan isi ayam je. Memilih betoi! Bagi keropok pun dia tak nak. hehe
Sekejap je singgah kat sini dalam 5-10 minit, gaya dia fly down penuh gaya. Ingat nak tangkap satu, nak bela, tangan tak sampai. heks
" Tapi gila mahal kot! " Nasi lemak ayam cenonet rm4 tak silap, roti canai kosong pun gempak rm3-rm4 sekeping, air rm 4, mineral rm 2- rm3 botol kecik tau. Well, rupanya itulah harga pulau 3-4 kali ganda naik.
Katanya kos pi balik pulau, gas, logik jugalah sebab dari jetty nak ke Tasik Dayang bunting ni memang agak jauh. Den dah lapor sangat belilah Nssi Lemak Ayam.
Tapi tak rupa cam nasi lemak, ianya berwarna kuning dan ayam sambal nya sebesar ibu jari sahaja. serius cenoek sangat, nasi pun cam segenggam gitu. No choice sampai sana memang lapor. Reda.
Lebih kurang 15 minit cam tu sampai la di puncak. Den naik kat 25 minit, sebab slow and steady. Kamon biar lambat asal selamat. miahahaha
Ala den nak mandi...... tapi tak bawa baju, spoil la. Korang stanby siap-siap baju tau. sewa jaket rm5. Ikut sejarah dahulu kala ibu bapa mahsuri ni lama tak ada anak, apa yang mereka tahu dulu ada seorang dayang yang tetiba mengandung tanpa buat hubungan, tapi orang kampung tak percaya, dorang buang dayang tu kat sini. Jadilah namanya Tasik Dayang Bunting.
Ibu bapa mahsuri ni pun nak try la mana tahu ada rezeki kan, dorang kena minum air dari tasik ni juga tau. Beberapa hari kemudian bunting lah mak mahsuri ni. Dapat mahsuri tu pas pergi mandi dan minum tasik ni lah.
Jadi sesiapa yang nak baby cepat, pi tasik ni mandi.
Okay, rupanya boleh naik atas, kena cas ye Rm 2/person. Kat sini ada disediakan tandas sekali masuk rm3 hahahahaha macam gi toilet kat ke el pulak kan.
AWAS! Jika anda daa masalah lelah, sakit jantung dan semangat mudah luntur, jangan masuk. Den ado lelah, tapi den masuk juga haha kamonlah bukan selalu dapat pi tempat cam ni.
Tangga nya tinggi weyh serius cam nak putus urat kentut den aihh naik ni, nampak sangat metabolisme kena tingkatkan aiseh. Sini banyak monyet pelahap hati-hati, kamera pun dorang ambil dan makan haha.
Ala den nak mandi...... tapi tak bawa baju, spoil la. Korang stanby siap-siap baju tau. sewa jaket rm5. Ikut sejarah dahulu kala ibu bapa mahsuri ni lama tak ada anak, apa yang mereka tahu dulu ada seorang dayang yang tetiba mengandung tanpa buat hubungan, tapi orang kampung tak percaya, dorang buang dayang tu kat sini. Jadilah namanya Tasik Dayang Bunting.
Ibu bapa mahsuri ni pun nak try la mana tahu ada rezeki kan, dorang kena minum air dari tasik ni juga tau. Beberapa hari kemudian bunting lah mak mahsuri ni. Dapat mahsuri tu pas pergi mandi dan minum tasik ni lah.
Jadi sesiapa yang nak baby cepat, pi tasik ni mandi.
Untuk kanak-kanak ada disediakan tempat khas, den hanya dapat lunjur kaki je lah, jeles tengok dorang mandi, bukan air garam jadi tak yah bilas pun tak pa salin baju ja.
Bahagian luar box tu khas untuk yang dah biasa berenang. Boleh pakai jaket kalau tak pandai berenang. Nak naik yang motor tu tapi kena cas rm 35 kau.... 1 motor bot je sewa. yang nak scuba diving pun ada rm 8 je/pax. Kalau bawa baju ni memang semua den try nih.
Korang punya pasal la nih baju den pun ikut basah. Kat sini sian la pekerja tasik ni guna pembesar suara panggil bot yang dah sampai. Masing-masing ada bot jadi kena ingat korang naik bot no berapa. Diberi masa 1 jam je kat sini.
Hokay, tibalah the best part haha, well den sukaaaa makan yaw, perut memang lapor sangat-sangat sebab hotel dah sediakan breakfast ang lambat bangun, padan muka ang.
Jakun sikit sebab fes time makan kat Papparich, maklumlah minah kampung je kan. hehe *merendah diri podah.
" Bella... you can order anything you want, cepat-cepat arr nanti makannan cepat sampai " Kitaorang agak lewat sampai sini sebab kelewatan bas yang tak dapat dielakkan, peak season kan.
So... fes time ni tengok menu cam semuanya besh lah, last-last nak order cepat tibai je lah order Curry Laksa, drink Pappa Cham, kawan den yang lagi dua orang order Cendol, dan Nasi ayam with grill satay. Separuh jalan makan den order lagi pencuci mulut Banana Split with Ice Cream. Rakus kan hehe. Well bagi den la kan Curry Laksa tu the besh arr big pot bosar k, puas makan yaw! Harga ia affordable la, dengan size makanannya yang besar.
Buat santapan mata anda sahaja. haha
Overall best! Holiday yang best untuk keluarga. Den dah rasa cam nak poyi lagi nih, nak naik bot lagi. Moga apa yang den share ni dapat memberi manfaat pada korang. Tata
Love,
Dhiya Afraa Bella