Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers..
Pagi isnin hari ini, sampai sahaja office cik bell on handphone, tanjat jap. Banyak nya whatsapp dan sms masuk. Sebenarnya cik bell off handphone 2 hari, kebetulan internet ada masalah. Cik bell sengaja off handphone sebab cik bell mahukan privacy bersama keluarga. Kawan-kawan cik bell semua riuh kemana cik bell hilang, kamonlah baru 2 hari je....
Cik bell rasa tenang sangat, macam-macam benda yang cik bell dapat buat, semuanya settle dalam masa 2 hari sahaja tanpa media social dan internet. Hubungan cik bell dengan mummy daddy, adik-adik rapat, ahad lepas cik bell melalak (menyanyi) dengan adik-adik cik bell, mummy daddy pun sekali join. (karaoke kat rumah je, daddy ada PA System).
Cik bell dapat bangun malam, dekatkan diri dengan Allah SWT, yang selama ini cik bell abaikan. Alhamdulilah hidup cik bell sangat tenang apabila kita meninggalkan sementara hal duniawi. Tersangat tenang.
Kadang-kadang cik bell terfikir adakah media sosial banyak merosakkan akidah dan menghuru-harakan kita?. Bulan april lepas cik bell ada pergi satu kelas #DAO iaitu #HIDUPLUARBIASA, sedikit pesanan dari ia ...
70% badan manusia adalah air. Air sangat mudah merubah warna, bau dan rasa. Jadi sedikit sahaja perkara negatif yang hinggap, habis semua.
Itu memang cik bell tak nafikan, jadi dua hari lepas cik bell off semuanya, ternyata diri cik bell lebih tenang, bosan itu betul, memang sangat bosan untuk mereka yang selalu online media sosial, tetapi hubungan kekeluargaan lebih rapat, lebih mesra. Daddy and mummy cik bell lebih happy. Itu je sebenarnya yang cik bell nak, membahagiakan mereka selagi cik bell mampu. Duit banyak pun kita selalu sakit dan tidak cukup masa tak guna juga.
#DAO : Setiap hari lakukan solat 5 waktu, solat sunat sebelum solat subuh, solat tahajjud, solat dhuha, solat istikharah, solat hajat dan solat taubat.
Media Sosial dan Internet itu tak salah, cuma cara kita gunakannya. #DAO sendiri kata ia sudah deactivate akaun personal fb ia, sebab nak elakkan dari melihat news feed, kebanyakkan news feed banyak unsur negative dari yang positive, cik bell pun rasa nak diactivate kan akaun fb cik bell, cik bell nak aktif ber fan pages je.
Cik bell nak bagi present pada peng LIKE bertuah, hadiahnya Vintage Jaket bernilai RM 69.90. Jadi mari ramai-ramai ajak kawan-kawan LIKE fan pages cik bell ya :) "DIARY OF VINTAGE GIRL"
Ahad lepas juga "Mothers Day' .. Selamat hari Ibu mummy. I love u soo much. Thank you for everything.
![]()

Thank you sudi membaca coretan hati cik bell :)